TERMA DAN SYARAT
- Ini hanyalah pengesahan bahawa pihak Masjid An-Nur Temasya Glenmarie (MATG) telah menerima tempahan dengan butiran seperti yang tercatat dalam Borang Tempahan Fasiliti. Tempahan ini dianggap sebagai tidak terjamin atau ‘tentative’ melainkan jika ianya disertakan dengan pembayaran. Jika terdapat tempahan yang berbayar, maka dengan sendirinya tempahan tidak terjamin untuk fasiliti, tarikh dan masa yang sama akan terbatal.
- Jumlah Keseluruhan Harga Tempahan hendaklah dibayar dalam tempoh sembilan puloh (90) hari sebelum tarikh acara.
- Untuk makluman, pihak MATG tidak menerima pembayaran secara tunai bagi mengelak kemungkinan berlakunya salah faham. Sebarang pembayaran hendaklah dibuat secara terus ke Koperasi Temasya Glenmarie Berhad melalui Bank Muamalat dengan nombor akaun bank 1211 000 1204 710.
- Untuk seperti berikut: makluman pihak penempah, MATG mempunyai polisi pembatalan tempahan
yuran pembatalan tempahan sebanyak sepuloh peratus (10%) akan dikenakan ke atas jumlah pembayaran balik jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh seperti yang tercatat dalam Perkara iii dan Perkara iv;
tiada pemulangan pembayaran jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh kurang dari empat puloh lima (45) hari sebelum tarikh acara;
pemulangan pembayaran sebanyak empat puloh lima peratus (45%) peratus dari Jumlah Keseluruhan Harga Tempahan jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh kurang dari sembilan puloh (90) hari sebelum tarikh acara; dan
pemulangan pembayaran sembilan puloh peratus (90%) jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh lebih dari sembilan puloh (90) hari sebelum tarikh acara.
Pihak MATG dengan ini menganggap pihak penempah memahami dan bersetuju dengan segala butiran Terma & Syarat Tempahan seperti diatas.
Pihak MATG mempunyai hak untuk membatalkan tempahan dan mengembalikan wang pembayaran kepada pihak penempah jika berlaku sesuatu bencana atau malapetaka yang tidak dapat dielakkan atau diluar kawalan sehingga
menyebabkan fasiliti yang ditempah tidak dapat digunakan pada tarikh acara.Pihak MATG amat berbesar hati untuk menjelaskan perkara di atas dengan lebih lanjut jika terdapat sebarang ketidakpastian dari pihak penempah.
